Followers

Tuesday, 26 June 2012

Kelebihan Sebagai Anggota

Khairat Kematian.

Skim Khairat Kematian ini diwujudkan untuk memberi bantuan kepada anggota Koperasi yang meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal.

Dermasiswa Dato’ Haji Yusoff Hilmi

Tabung yang dapat membantu dari segi kewangan kepada anggota yang mempunyai anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran  Malaysia dan anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke   Institusi Pengajian Tinggi

Bantuan Rawatan Perubatan 

Bank Persatuan prihatin tentang kebajikan dan keperluan anggota yang memerlukan bantuan  perubatan 

Bantuan Pembedahan Penyakit Kronik

Bank Persatuan prihatin tentang kebajikan dan keperluan     anggota yang memerlukan bantuan perubatan pembedahan  penyakit kronik. 

Bantuan Kebakaran Rumah

Bank Persatuan prihatin tentang kebajikan dan keperluan anggota yang memerlukan bantuan  bencana kebakaran. 

Bantuan Derma

Jumlah derma dan sumbangan tidak melebihi had maksima RM1,000.00 boleh dipertimbangkan oleh jawatankuasa bagi kes-kes yang difikirkan layak dan sesuai. 

Hadiah keanggotaan 20 tahun  

Hadiah keanggotaan 20 tahun ini merupakan sumbangan kepada anggota-anggota Bank Persatuan yang telah  menjadi anggota melebihi tempoh 20 tahun. 

SKIM DERMASISWA BANK PERSATUAN


Faedah Skim Dermasisiwa ini dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut:


 (i) Dermasiswa Hadiah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia
  • Manfaat skim ini yang diberikan hadiah sebanyak RM 100.00 (Ringgit: Satu ratus sahaja) kepada anggota-anggota yang mempunyai anak yang telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun sebelumnya dan mendapat keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam mana-mana mata pelajaran. 
  •                                 
 (ii) Dermasiswa ke Institusi Pengajian Tinggi Peringkat Diploma
  • Skim ini memberi manfaat kepada anggota-anggota yang mempunyai anak yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di peringkat diploma pada tahun semasa dengan pemberian dermasiswa sebanyak RM 200.00 (Ringgit : Dua Ratus Sahaja)  

 (iii) Dermasiswa Ke Institut Pengajian Tinggi Peringkat Ijazah
  • Skim ini memberi manfaat kepada anggota-anggota yang mempunyai anak yang akan melanjutkan pelajaran ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di peringkat Ijazah / Diploma lanjutan pada tahun semasa sebanyak RM250.00 (Ringgit : Dua Ratus Lima Puluh Sahaja.)

 (iv) Hadiah Kecemerlangan Dermasiswa Dato’ Haji Yusoff Hilmi
  • Pada setiap tahun akan dipilih seorang anak anggota yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia paling cemerlang untuk menerima hadiah khas kecemerlangan Dato’ Haji Yusoff Hilmi yang berupa sebuah plak dan wang tunai bernilai RM 500.00 (Ringgit : Lima Ratus Sahaja)